KOTA KINABALU: Kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya negeri (PRN) malam tadi menjadi bukti bahawa demokrasi berasaskan parti adalah asas kepada kemakmuran politik yang berterusan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan, Datuk Seri Salleh Said sambil mengucapkan tahniah kepada gabungan itu, persaingan politik antara parti, dan bukannya individu, untuk mendapat mandat adalah kunci kepada kestabilan.
“Ini adalah kerana parti atau gabungan yang menang boleh menentukan siapa yang membentuk kerajaan baharu,” katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.
Salleh berkata, berdasarkan keputusan malam tadi, rakyat Sarawak lebih cenderung dengan parti dan gabungan tempatan seperti GPS dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) berbanding gabungan parti di peringkat nasional seperti Pakatan Harapan (PH).
Bekas Perdana Menteri Najib Razak berkata terdapat banyak lagi pembangunan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan selepas ini, khususnya prasarana.
“Bagi saya secara peribadi, Pan Borneo Highway hanya permulaan yang saya mahu buat untuk Sarawak dahulu dan terdapat beberapa projek pemangkin ekonomi yang kita boleh buat lagi,” katanya.