KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) merupakan salah satu penaja utama Piala Triatlon Asia Kota Kinabalu dan Cabaran Pelbagai Sukan KKCity 2023 dari 9 hingga 12 November sebagai acara pelancongan sukan.
Menterinya Datuk Christina Liew berkata pelantikan XMultisport Event baru-baru ini sebagai penganjur Piala Triatlon Asia yang berprestij oleh Persatuan Triatlon Malaysia, yang diluluskan oleh Triatlon Dunia, telah mengukuhkan lagi kedudukan Sabah dalam peta sukan global.
“Selamat datang ke Sabah! Malam ini kita meraikan kepulangan Piala Triatlon Asia yang dinanti-nantikan ke negeri Sabah yang indah selepas 22 tahun.
“Acara yang dihormati ini menunjukkan keunggulan rantau kita yang semakin meningkat dalam dunia triatlon dan pelancongan sukan,” katanya pada Majlis Makan Malam meraikan peserta Piala Triatlon Asia di sini, semalam.
Christina mempelawa para peserta meuangkan beberapa hari lagi di Sabah untuk merasai kemesraan penduduk tempatan dan meneroka kawasan tumpuan pelancong kami.
Peserta dari 12 negara dari Australia, Indonesia, Jepun, Hong Kong (China), Guam, Filipina, Taiwan, Mesir, Mauritius, Singapura, Brunei dan Malaysia.
Seramai 42 lelaki dan 21 atlet elit wanita (atau atlet profesional) yang bertanding dalam segmen Piala Triatlon Asia adalah dari Australia, Indonesia, Jepun, Hong Kong, Guam, Filipina, Taipei, Mesir, Singapura, Mauritius dan Malaysia.
Selain itu, terdapat 220 peserta dalam Kategori Kumpulan Umur Triatlon dari Brunei, Hong Kong dan Malaysia.