KOTA KINABALU: Pakatan Harapan(PH) Sabah amat terkejut dengan satu laporan berita yang bertajuk “Musa Aman akan ketuai PH Sabah?” yang dilaporkan oleh Malaysiakini telah tular dalam media sosial dan menimbulkan kekeliruan dan kerisauan rakyat.
Menerusi kenyataan bersama PH Sabah hari ini, mereka secara sebulat suara menafikan perkara ini dan ianya tidak sesekali dibincang dan diputuskan dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Harapan Sabah.
‘PH Sabah mengambil pendirian bahawa mana-mana keputusan mustahak yang berhubung kait dengan mandat dan keyakinan rakyat seharusnya dipertimbangkan, diteliti dan diperhalusi sebulat suara pada peringkat pimpinan Pakatan Harapan Sabah.
“PH Sabah akan bertemu dan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membincang perkara ini termasuk halatuju PH Sabah menjelang pilihanraya negeri yang bakal diadakan nanti,” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan bersama ini membabitkan Pengerusi PH Sabah Datuk Christina Liew, Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick, Pengerusi PKR Sabah Datuk Sangkar Rasam, Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon dan Pengerusi AMANAH Sabah Lahirul Latigu.
