Pesuruhjaya Tinggi Australia Baharu bertemu Ketua Menteri

KOTA KINABALU : Pesuruhjaya Tinggi Australia baharu ke Malaysia Danielle Heinecke bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Heinecke merupakan seorang pegawai kerjaya kanan berkhidmat bersama Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia,  memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Pertama Bahagian Melanesia Pasifik dan pernah berkhidmat di Timor-Leste, Indonesia dan Papua New Guinea.

Heinecke juga berada di Sandakan Ogos lalu untuk Hari Peringatan Sandakan.

Hadir sama mengiringi Heinecke iaitu Konsul Kehormat Australia ke Sabah Datuk Andrew Sim, Setiausaha Kedua, Gabriela Brand, Suruhanjaya Tinggi Australia dan Pengurus Program Suruhanjaya Tinggi Australia, Mahirah Marzuki.