TAWAU: Empat kilang makanan diarah secara serta-merta berikutan tahap kebersihan berada tahap tidak memuaskan sekali gus disyaki kotor berikutan terdapat penemuan najis tikus dalam premis berkenaan.
Pegawai Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau, Dr. Shameer Khan Sulaiman, berkata, kilang makanan ini juga didapati tidak memiliki Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) meskipun sudah beroperasi sejak sekian lama.
Katanya, kilang ini akan ditutup selama 14 hari manakala akan dipantau untuk memastikan mereka dapat mematuhi arahan daripada pihak berkuasa.
“Kilang ini hanya akan dibenarkan beroperasi selepas memenuhi segala syarat tahap kebersihan yang dibenarkan sekali gus perlu memiliki sijil MeSTI.
“Hampir tiga tan barang makanan dikenal pasti tidak memenuhi standard kebersihan tahap yang dibenarkan disita oleh pihak Pejabat Kesihatan Tawau,” katanya dalam sidang media hari ini.
Shameer berkata, sepanjang operasi dijalankan melalui Ops Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) memeriksa 16 premis makanan manakala sebanyak 15 kompaun dikeluarkan dalam tempoh tiga hari operasi ini diadakan.
“Operasi ini bertujuan memastikan semua pengusaha makanan dapat mematuhi syarat ditetapkan disamping mengutamakan tahap keselamatan makanan dibekalkan selamat untuk digunakan.
“Ini kerana ia syarat sudah termaktub dalam prosedur yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983,” jelas Shameer.
Menurutnya, beliau menegaskan semua pengilang serta pembekal perlu mematuhi standard kebersihan agar makanan yang diproses selamat kepada pengguna.