TENOM : Perkhidmatan keretapi dari Stesen Beaufort ke Stesen Rayoh belum dapat beroperasi disebabkan ada kayu yang tumbang di atas landasan keretapi.
Menurut kenyataan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) kawasan tersbut dikenalpasti tidak selamat untuk dilalui manakala keadaan di kawasan kejadian masih belum selamat untuk menjalankan kerja pembersihan.
“Perkhidmatan keretapi hanya beroperasi dari Stesen Beaufort ke Stesen Halogilat.
“Lain-lain perkhidmatan sepanjang Stesen Beaufort ke Stesen Sembulan masih beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebarang perubahan atau update mengenai perkhidmatan akan diumumkan dari semasa ke semasa.