LABUAN : Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Francis Paul berkata, situasi semasa penyakit tidak berjangkit (NCD) negara membimbangkan.
Katanya, ini disebabkan pembudayaan hidup tidak sihat masyarakat yang secara langsung memberi tekanan kepada sistem Kesihatan.
“Kira-kira 50 peratus penyakit tidak berjangkit (NCD) dilaporkan di negara ini, ketika ini kita tidak mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit berkenaan.
“Selain itu, sebanyak 73 peratus kematian di negara ini adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit akibat budaya hidup yang tidak sihat,” katanya di sini semalam.
Francis berkata, berdasarkan kepada laporan Tinjuan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi tahun lalu (NHMS), mendapati 2.5 peratus orang dewasa di negara ini mengidap empat penyakit tidak berjangkit.
“Ini merangkumi, diabetes, tekanan darah tinggi kolestrol tinggi dan obesiti.
“Program Bulan Malaysia Sihat Sejehtera disambut setiap bulan September merupakan satu inisiatif dibawah Agenda Nasional Malaysia Sihat untuk merealisasikan hasrat kerajaan ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat,” jelas Francis.
Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan.
