TAWAU : Penjawat awam tidak boleh berada di takuk lama, sebaliknya perlu menyesuaikan diri seiring dengan teknologi pada masa kini.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, penjawat awam perlu kekal relevan serta terus menyumbang secara efektif dalam sistem penyampaian Kerajaan.
“Dalam meniti arus kemodenan ini, kita berhadapan dengan era perubahan yang pantas, ledakan teknologi, kehendak rakyat yang semakin tinggi serta keperluan untuk perkhidmatan yang lebih efisien dan responsif,” katanya di sini semalam.
Dr. Joachim merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, menegaskan bahawa pengalaman mencapai kejayaan dalam sektor perkhidmatan awam bukan sahaja memberikan kepuasan.
“”Malah ia mampu menjadi pemangkin semangat dan motivasi untuk terus melaksanakan amanah dengan cemerlang.
“Pengalaman menerima pengiktirafan seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ini memberi satu perasaan kepuasan dalam bekerja dan semangat motivasi yang amat besar kepada setiap penerima,” jelas D Joachim.
Menurutnya, belaiu menyeru warga Majlis Perbandaran Tawau (MPT) agar terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi yang berteraskan integriti dan kecekapan perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat.
