Masiung menerima suntikan vaksin
TONGOD: Orang ramai disaran agar tidak mendengar khabar angin berkaitan cerita negatif disebarkan melalui media sosial berkaitan program imunisasi vaksin Covid-19.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, sekiranya orang ramai memberi kerjasama serta mematuhi saranan kerajaan rakyat Malaysia akan mampu memerangi pandemik ini dalam tempoh terdekat.
Katanya, tidak ada mana-mana kerajaan di seluruh dunia mempunyai agenda tersirat untuk merenapkan impian negara sendiri sekaligus membahayakan kehidupan seharian rakyatnya.
“Penduduk luar bandar tidak perlu risau tentang pengambilan vaksin Covid-19 yakin bahawa kaedah ini mampu memerangi pandemik ini.
“Kita mahu pemimpin di peringkat kampung harus memainkan peranan penting bagi menjalankan kempen bagi meyakinkan penduduk supaya terus mendaftar sebagai penerima vaksin.
Beliau berkata demkian ketika menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Tongod.
Turut menerima menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 termasuk Pegawai Daerah, Mohd Fauzi Norbeh dan Datin Grase Elvera E. Ebin.
Masiung berkata, orang ramai tidak perlu meragui keberkesanan vaksin yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa, malah diyakini dapat mengurangkan jangkitan.
Penduduk terdiri dari golongan warga emas dan individu yang mempunyi risiko kesihatan sewajarnya diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin.
“Proses suntikan kepada semua rakyat perlu dipercepatkan kerana penduduk Sabah sudah mencecah 3.5 juta orang,” katanya.
SabahNewsToday