SANDAKAN: Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyeru semua ahli parti agar kekal bersatu sekali gus terus bekerjasama dengan rakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Beliau turut mengingatkan agar tidak mudah percaya kepada berita palsu dan hasutan pembangkang yang cuba memecahbelahkan PBS, STAR dan Gagasan Rakyat.
“Rujuk pimpinan jika ada kekeliruan, jangan sebar maklumat tidak sahih,” katanya di sini semalam.
Dr. Joachim juga menegaskan kerjasama GRS dengan Pakatan Harapan akan diteruskan, sambil mengimbas peranan Pakatan Harapan PH dalam kejayaan ‘Langkah Kinabalu’ 2023.
