PAS Sandakan edar 1,000 pek daging korban

SANDAKAN : Sebanyak 1,000 pek daging korban diagihkan kepada fakir miskin serta orang ramai di sekitar daerah ini di sini semalam.

Yang Dipertua Pas Sandakan, Sahar Abdul Majid berkata, tahun ini penganjurannya sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, setakat ini PAS Sabah menyumbang 198 ekor lembu korban pada tahun ini yang melibatkan 20 Kawasan di seluruh Sabah.

“Jumlah terbanyak disumbangkan PAS Kalabakan sebanyak 29 ekor manakala diikuti PAS Tawau 28 ekor dan PAS Sandakan, Batu Sapi, Libaran sebanyak 31 ekor dan selebihnya di kawasan lain,” katanya.

Sahar berkata, program ini bertujuan menyempurnakan ibadah korban yang disertai oleh orang ramai di samping membantu golongan yang memerlukan