TAWAU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mempengerusikan Mesyuarat Sabah Maju Jaya (SMJ) di Majlis Perbandaran Tawau, semalam.
Hadir sama, Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Suryadi Bandy dan Ahli Dewan Undangan Kukusan Rina Jainal.
Turut hadir, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Apas M Azirian Syah dan PPM Balung Amran Karim.
Mesyuarat tersebut bagi membincangkan pelaksanaan program dan projek pembangunan yang dilaksanakan dibawah SMJ untuk manfaat masyarakat Tawau.