Nelayan warga Indonesia pengusaha Bagang ditemukan lemas

TAWAU : Seorang nelayan dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu selepas disyaki terjatuh di kawasan sangkar tradisional (Bagang) ditemukan lemas di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa dikenali sebagai Ibnu Hajar Mustamar, 33 tahun dijumpai orang awam kira-kira jam 9.40 pagi tadi pada jarak dua kilometer dari lokasinya dilaporkan hilang di Jeti Indrasabah,Tawau.

Katanya, berdasarkan laporan polis mangsa disyaki jatuh laut serta hilang selepas keluar seorang diri ke bagang pada jam 5.30 petang isnin lalu.

“Bot mangsa ditemui tanpa pengemudi oleh penduduk kampung kira-kira jam 11.00 pagi semalam di sekitar perairan antara Kampung Inderasabah serta Pulau Kalumpang.

“Usaha mencari mangsa bersama penduduk kampung dijalankan namun gagal ditemui sejak operasi mengesannya dilancarkan sejak isnin lalu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jemishin berkata, mangsa berjaya ditemukan pagi tadi kemudiannya Bomba bertindak membawa mangsa ke Jeti Maritim menggunakan bot sekali gus disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.

“Pihaknya Bomba seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

“Bomba bersama empat anggota diketuai Komander Operasi Helmi Bidin kemudiannya menamatkan operasi pada jam 11.00 pagi tadi,” jelas Jemishin.