KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU bersetuju mengekalkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti itu.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan malam ini, yang diputuskan menerusi mesyuarat khas MPT BERSATU.
MPT sebulat suara menolak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden BERSATU.
“Ini kerana MPT menegaskan bahawa pertuduhan ke atas Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden BERSATU dan bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi,” katanya.
Sementara itu, Hamzah mewakili MPT BERSATU turut menzahirkan ucapan tahniah kepada sayap baharu SRIKANDI Muda yang berjaya menganjurkan konvensyen hari ini .
Beliau berkata, MPT turut menerima laporan sayap SRIKANDI dan ARMADA, yang selesai mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) masing-masing.