26 C
Kota Kinabalu
Friday, March 24, 2023

Ibu bapa ‘Mengeluh, Terkesan’ bebanan menjelang sesi persekolahan

KOTA KINABALU: Golongan Ibubapa melahirkan perasaan bimbang berikutan kenaikan harga barang peralatan sekolah serta kadar bayaran yuran pendaftaran menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti.

Rata-rata mereka ketika di temui SabahNewsToday risau kemungkinan ada dalam kalangan ibubapa menghadapi masalah besar ketika berhadapan dengan situasi ini kelak.

Seorang ibu Halimah Moksin, 35, peniaga, berkata persiapan kali ini mereka terpaksa membelanjakan hampir RM1,000 bagi empat orang anaknya untuk  membeli keperluan peralatan persekolahan anaknya.

“Selepas membeli barang keperluan persekolahan, ibu bapa sekali lagi akan berhadapan masalah besar untuk menjelaskan yuran persekolahan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah.

“Kami sangat terkesan dengan beban dengan masalah besar ini. Mungkin jika ada kalangan ibu bapa mempunyai anak yang ramai sudah tentu ada yang tidak mampu menghantar akan mereka ke sekolah. Dalam tempoh sama tidak lama lagi akan menjelang musim bulan ramadhan,” katanya.

Halimah berkata, sepatutnya pihak kerajaan melihat perkara ini dengan memberi pengecualian kadar yuran sekolah bagi meringankan beban tanggung oleh ibu bapa.

“Sepatutnya pihak kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat perkara ini selaras dengan konsep Malaysia Madani.

“Kerajaan perlu memberi keutamaan agar yuran persekolahan dapat dikurangkan dalam pembentangan belanjawan baru-baru ini,” katanya.

Halimah berkata, lebih memburukkan keadaan apabila ibu bapa mempunyai bilangan anak yang ramai kemungkinan besar ada tidak mampu memberi persekolahan kepada anak-anak mereka.

“Sebagai contoh jelas kepada penduduk di kawasan luar bandar sudah tentu mereka akan terkesan akibat menjelang sesi persekolahan anak-anak mereka,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles