MOU permuafakatan antara gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan termeterai

KUALA LUMPUR: Lima gabungan parti politik menandatangan memorandum persefahaman (MoU) permuafakatan antara gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri.

MoU itu ditandatangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Abang Johari Openg, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkuatkuasa hari ini.

Laporan lanjut menyusul