Melaksanakan pentadbiran sumber manusia yang cekap antara fokus Mustapha Sakmud

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, beliau akan memberi tumpuan serta fokus terhadap usaha untuk melaksanakan pentadbiran sumber manusia yang cekap di negara ini.

Menurutnya, beliau akan membantu Menterinya untuk bersama-sama membantu dalam usaha memulihkan keadaan ekonomi negara disamping meningkatkan kebajikan pekerja di seluruh negara.

“Saya juga bertekad membantu untuk memastikan segala inisiatif yang diambil oleh kementeriannya akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

“Pelantikkan ini merupakan satu penghormatan serta rasa tanggungjawab besar yang perlu dipikul bagi menyokong usaha kerajaan Perpaduan dalam memajukan negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, beliau menzahirkan ucqpan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Presiden PKR itu atas kepercayaan yang diberikan bagi mewakili parti dan Sabah untuk berkhidmat di peringkat kerajaan persekutuan.

Mustapha merupakan antara tujuh timbalan menteri dari Sabah yang dilantik oleh Anwar bagi menjayakan kerajaan Perpaduan.