Masyarakat Labuan perlu kekalkan semangat perpaduan – Mohd Rafi

LABUAN : Warga wilayah persekutuan Labuan merangkumi berbilang kaum disaran agar terus mengekalkan perpaduan sekali gus mempertahankan kaharmonian sedia ada.

Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, semua pihak perlu mengekalkan semangat perpaduan sedia disamping terus meraikan dan menghargai titik persamaan yang ada dalam kepelbagaian  budaya.

Mohd Rafi Ali ketika berucap di majlis berkenaan.

Katanya, ini merangkumi kepelbagaian agama serta adat resam sekali gus menjadi pengukuh kepada perpaduan negara.

“Kita perlu terus eratkan perpaduan dan keharmonian, kita bersama-sama raikan kepelbagaian perayaan kaum di dalam perayaan Tahun Baru Cina ini.

“Secara tidak langsung perayaan ini akan turut dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat di Labuan serta menziarah antara satu sama lain,” katanya di sini kelmarin.

Mohd Rafi Ali ketika menyampaikan sumbangan pada program tersebut.

Mohd Rafi turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada masyarakat Tionghua Kampung Sungai Keling yang sentiasa komited dalam menjayakan aktiviti dianjurkan Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama, Pegawai KEMAS Labuan, Gilbert Julian dan Ketua Kampung Sungai Keling, Goh Siew Ling.