KENINGAU : Warga Keningau berbangga menjadi daerah pertama menerima kunjungan rasmi Yang Di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman sekali gus memberi motivasi positif kepada golongan penjawat awam di daerah ini.
Pegawai Daerahnya, Peter Jonu Moinjil berkata, beliau bersama warga Keningau bertuah berikutan Keningau merupakan daerah pertama menerima kunjungan rasmi Yang Di-Pertua Negeri.

“Lawatan Musa ke daerah ini sudah pasti akan menjadi kenangan manis dan penuh bermakna kepada masyarakat serta penjawat awam di Keningau agar bekerja lebih gigih demi kemajuan daerah ini.
“Kecemerlangan serta rekod Musa semasa berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah selama 15 tahun merupakan sumbangan besar kepada rakyat di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin dan Komuniti daerah Pedalaman di Galeri Yang Di-Pertua Negeri, di Kampung Bandukan di sini semalam.

Peter berkata, beliau menaruh kepercayaan pelantikan Yang Di-Pertua Negeri Keningau akan bertambah maju serta makmur seiring dengan matlamat Sabah Majü Jaya (SMJ).
“Kami semua yakin Sabah akan terus membangun dengan pesat dan rakyat akan menikmati limpahan kemajuan di bawah naungan Yang Di-Pertua Negeri,” jelas Peter.
