Masiung Banah perlu mempunyai semangat jati diri dan berprinsip – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU : Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah tiada hak untuk memperkatakan belajar daripada kegagalan sejarah UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed berkata, sebelum ini Masiung
beliau pernah berada dalam BN, namun apabila kalah beliau melompat sekali gus berpindah kepada parti lain.

Katanya, dalam sejarah perang Badar dan Uhud apa penganjaran yang boleh dipelajari iaitu jangan tinggalkan posisi sekali gus kekal diposisi yang asal.

“Tetapi apabila BN kalah, beliau (Masiung) tinggalkan posisi itu. Masiung kena belajar lebih banyak jati diri serta tahu menghargai semua prinsip berkenaan.

“Semasa berada dalam BN Sabah, ketika itu Masiung bercakap BN Sabahlah yang terbaik tetapi bila kalah kemudiannya memuji parti yang diikuti sekarang adalah yang paling terbaik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jeffrey Nor berkata, rakyat Sabah kini sudah tahu menilai mana pemimpin yang kekal dengan prinsip berparti dan bukannya mengikuti mana-mana yang boleh menyelamatkan diri.

“Saya menegaskan berkali-kali bahawa, UMNO Sabah yang dipimpin dengan wajah baharu secara tegas untuk memperjuangkan nasib rakyat Sabah ini tiada kompromi,” jelas Jeffrey Nor.