Masidi seru rakyat lapor kegiatan jual diesel subsidi secara haram

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diminta memainkan peranan membantu kerajaan membanteras ketirisan subsidi diesel dengan melaporkan sebarang kegiatan penjualan diesel bersubsidi secara haram.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, pelaksanaan skim penyasaran subsidi diesel hanya akan berjaya sekiranya mendapat kerjasama daripada semua pihak.

Menurutnya, ketirisan subsidi memberi kesan besar kepada negara dan rakyat kerana manfaat yang sepatutnya diterima golongan layak akan berkurangan.

Beliau berkata, usaha kerajaan memperkemaskan mekanisme subsidi turut mengambil kira keunikan geografi dan sosioekonomi Sabah.

“Setiap sen penjimatan hasil daripada penguatkuasaan ketirisan ini akhirnya akan kembali kepada rakyat,” katanya.