KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menggesa kerajaan mempercepatkan pembinaan serta penyelenggaraan jalan raya di Sabah dan Sarawak bagi menjamin keselamatan pengguna.
Menurut beliau, penguatkuasaan undang-undang jalan raya sahaja tidak mencukupi jika keadaan infrastruktur masih tidak memuaskan.
Katanya, rakyat Sabah telah bertahun-tahun berdepan kesesakan luar biasa akibat projek naik taraf jalan yang tertangguh atau tidak siap mengikut jadual.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat.
Madius turut meminta kerajaan meneliti kesan kelewatan projek terhadap peningkatan risiko kemalangan jalan raya di negeri itu.
