SANDAKAN: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperkenalkan tiga inisiatif bagi menjadualkan semula pinjaman pelajaran serta pembiayaan perniagaan akibat terjejas penularan COVID-19 di negara ini.
Pengerusinya, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, pihaknya melalui Program Mara Prihatin: Peace of Mind 4.0 memperkenalkan inisiatif bertujuan untuk meringankan beban ditanggung mereka.
Katanya, insiatif kedua iaitu permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran manakala ketiga melalui alternatif bayaran balik pinjaman pelajaran melalui e-Pengeluaran KWSP.
“MARA melihat kemudahan bayaran balik pinjaman serendah RM100 sebulan selama setahun kepada peminjam sangat munasabah sekali gus meringankan beban peminjam.
“Program ini bertujuan menyediakan kemudahan untuk memperbaiki kredit pinjaman mereka khususnya bagi peminjam mempunyai isu tunggakan bayaran balik yang tinggi,” katanya.
Azizah berkata, MARA menyediakan kemudahan Program Pemulihan Kredit melalui kaedah penjadualan dan penstrukturan semula bayaran balik atau R&R (Rescheduling & Restructuring).
“Kemudahan ini memberi peluang kedua kepada pelanggan untuk membuat bayaran dengan melanjutkan tempoh pembiayaaan sehingga 10 tahun.
“Penjadualan Semula (Rescheduling) bermaksud penyusunan semula bayaran balik ansuran bulanan pembiayaan dalam tempoh tertentu yang ditetapkan oleh Mara sehingga 36 bulan.