KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) bertanggungjawab bukan sahaja dalam sektor utama dan mengeluarkan makanan tetapi keseluruhan rangkaian makanan termasuklah industri makanan.
Menterinya Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan berkata sikap lama masih terbawa-bawa yang mana pada asalnya MAFFI hanya pengeluar makanan sehingga kini belum lagi menunjukkan wujudnya tambah nilai.
Justeru itu,beliau menggesa warga MAFFI sama-sama menambah nilai tersebut di dalam pemikiran mereka.
“Masalah dan isu yang tidak berupaya ditangani dan diselesaikan di peringkat jabatan kini boleh dibawa ke mekanisme baru Kementerian iaitu Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi MAFFI,” katanya pada Majlis Amanat Menteri di siniz semalam.
Program itu bagi mengeratkan silaturahim dengan anggota perkhidmatan awam Negeri dan Persekutuan yang terlibat dalam sektor pertanian, di samping menyampaikan hala tuju dan pandangan menteri dalam membangun bersama sektor pertanian yang lestari dan mampan.
Jeffery yang juga Timbalan Ketua Menteri memperingatkan tentang visi MAFFI iaitu menjadi peneraju kepada transformasi sektor pertanian ke arah pengukuhan keterjaminan makanan dan menjadi penyumbang utama ekonomi negeri Sabah, sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Dasar Keterjaminan Makanan.