LKIM salur peruntukan bernilai RM 1.28 juta kepada nelayan Labuan

LABUAN : Sejumlah RM1.28 juta peruntukkan disalurkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi membantu golongan nelayan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pengarahnya, Hamdan Mamat berkata, peruntukan itu membabitkan pembayaran elaun sara hidup nelayan, projek khas perumahan nelayan, bantuan touch point B40.

Katanya, selain itu peruntukkan digunakan untuk menaik taraf pusat proses hasil perikanan serta program pembesaran unjam dan membina jeti baharu nelayan.

“Labuan merupakan kawasan ke-14 dikenal pasti mencatatkan secara rasmi melengkapkan senarai persatuan di bawah Akta Perikanan 1971.

“Pada majlis ini LKIM menyerahkan ‘Launching Grand’ bernilai RM50,000sebagai modal permulaan bagi projek ekonomi persatuan nelayan,” katanya di sini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan dipilih sebagai Pengerusi Penaja Persatuan Nelayan Negeri (PNN) Labuan.

Hamdan berkata, penubuhan PNN Labuan merupakan langkah strategik bagi memastikan pembangunan sosio ekonomi  warga nelayan Labuan dapat melaksanakan dengan lebih fokas dan menyeluruh.

“Penubuhan PPN ini juga mampu memperkasakan komuniti nelayan dan meningkatkan sektor perikanan Labuan terus berkembang lebih  pesat,” kata Hamdan