Lebih 5,000 masyarakat hadir Majlis Rumah Terbuka ADUN Apas

TAWAU : Lebih 5,000 masyarakat pelbagai kaum menghadiri Majlis Rumah Rumah Terbuka Aidilfitri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan di sini malam ini.

Selain meraikan Hari Lebaran, majlis yang akan berlangsung dari jam 8 hingga 10 malam itu diadakan di Wisma Keluarga Titingan Banyan Drive Tawau.

Nizam bersama tetamu hadir di Majlis Rumah Terbukanya malam ini.

“Majlis bertujuan mengukuhkan lagi semangat ukhuwah dan kasih sayang sesama insan.

“Saya bersama keluarga sangat gembira dengan kehadiran pengunjung yang datang dsri Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu serta kawasan berhampiran untuk memeriahkan majlis ini,” katanya di sini malam ini.

Nizam merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aps berkata, beliau gembira melihat kehadiran ribuan pengunjung dan dapat melayani semua tetamu.

Nizam meraikan tetamu hadir pada malam ini.

“Apa yang unik rumah terbuka kami ini ialah kehadiran pelbagai rakan taulan daripada pelbagai faham politik untuk bersama-sama meraikan sambutan hari raya,” jelas Nizam.

Menurutnya, dalam tempoh sama pada majlis malam ini beliau menyampaikan sumbangan kepada 100 orang asnaf serta bantuan komputer riba kepada pelajar di sekitar kawasan DUN Apas.

Nizam menyampaikan sumbangan kepada peserta Tilawah mewakili Negeri Sabah.

“Kita juga menyampaikan sumbangan kepada empat penerima peserta mewakili Negeri Sabah ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis,” kata Nizam.