24 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Laksanakan segera Akta Undang-Undang Anti Lompat di Sabah – Loretto

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah perlu meluluskan Akta Undang-undang Anti-Lompat di Dewan Undangan Negeri (DUN) seberapa cepat yang mungkin.

Setiausaha Agung Parti Warisan (WARISAN), Datuk Loretto Padua JR berkata, kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dilihat sengaja melambatkan proses ini sedangkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan sudah lama dibuat bagi membolehkan Akta Anti Lompat Parti ini dilaksanakan.

“Seperti yang semua tahu, Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama Negara Malaysia dan mana-mana undang-undang yang tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan adalah Ultra Vires.

“Difahamkan sepatutnya Akta Anti Lompat ini sudah diluluskan pada November 2022 tetapi ditunda.

“Hajiji Noor boleh sahaja memanggil Sidang Khas pada bila-bila masa kerana perkara ini adalah isu pokok yang melibatkan Perlembagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loretto berkata, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat selepas pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dibuat masih dianggap tindakan yang tidak berperlembagaan walaupun Sabah belum lagi melaksanakan Akta Anti-Lompat Parti.

“Tindakan mereka ini bukan saja menjejaskan reputasi Sabah sebagai sebuah Wilayah yang terkenal dengan ADUN yang gemar melompat tetapi juga akan mencemarkan kredibiliti Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seakan-akan merestui tindakan ini,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles