KPDN Sandakan ingatkan jangan tularkan berita tidak sahih kelirukan pengguna – Azdy

SANDAKAN : Pengguna diingatkan pengguna agar tidak menularkan sebarang berita tidak sahih sekali gus dikenalpasti boleh menimbulkan berkaitan ketidakpatuhan golongan peniaga terutama di media sosial khususnya di daerah ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan Azdy Zukkry John berkata, ia bertujuan bagi mengelak menimbulkan suasana panik dan kekeliruan serta salah faham terutama sekali dalam kalangan pengguna.

Katanya, ini berikutan susulan tindakan diambil KPDN terhadap salah sebuah pasar raya di Sandakan selepas didapati menyimpan produk halal bercampur dengan produk tidak halal baru-baru ini.

“Kita mendapati beberapa keping gambar ditularkan dilaman media sosial mengandungi premis ‘Ternakan Sri Jaya Sdn Bhd’ didakwa sebagai lokasi kejadian kes berkenaan.

“KPDN Sandakan menjelaskan premis ditularkan itu bukan premis lokasi kejadian manakala tidak ada sebarang kaitan dengan premis diambil tindakan oleh pihak KPDN Sandakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azdy berkata, siasatan terhadap premis sebenar sedang diambil tindakan berhubung penyimpanan produk halal dan produk tidak halal sekali gus masih dijalankan siasatan di bawah  Akta Perihal Dagangan 2011 [Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011].

“KPDN Sandakan sangat mengalu-alukan aduan dalam kalangan orang ramai sekiranya ingin mengemukakan aduan membabitkan berkaitan ketidakpatuhan kalangan peniaga terutama di sekitar daerah ini.

“Kementerian menyediakan pelbagai platform untuk memudahkan orang ramai menyalurkan aduan kerana ia dapat membantu KPDN dalam melaksanakan tindakan pantas sekali gus mengekang aktiviti yang didapatu menyalahi undang-undang terutama di daerah Sandakan,” jelas Azdy.

Menurutnya, aduan salah laku peniaga boleh disalurkan menerusi saluran aduan rasmi disediakan KPDN bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat pada bila-bila masa.