Dua kematian mengejut akibat jatuh laut, gantung diri di Labuan

LABUAN : Polis merekodkan dua kes kematian mengejut dalam tempoh 24 jam membabitkan seorang lelaki mengantung diri dalam sebuah rumah serta seorang warga emas dipercayai terjatuh ke dalam laut.

Ketua Polis Daerah Labuan, Supt Mohd Hamizi Halim berkata, kes pertama melibatkan seorang lelaki berbangsa Kadazan dipercayai mati akibat mengantung diri dalam sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Lada.

Katanya, mangsa berusia 47 tahun ditemui isterinya kira kira jam 10.30 malam ketika masuk kedalam bilik tidur.

“Punca kejadian belum dapat dipastikan, mangsa hanya meminta isterinya bersama lima anaknya keluar daripada rumah, bagaimanapun isterinya bersama dua lagi anaknya enggan keluar dari rumah terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mohd Hamizi berkata, kes kedua melibatkan seorang warga emas dipercayai mati selepas terjatuh ke dalam laut di sebuah jeti Ujung Pasir berhampiran belakang Surau Nurul Islam di pusat bandar.

“Mangsa kedua berusia, 79, dari Taman Kian Yap cuba diselamatkan orang awam kebetulan di tempat kejadian pada 30 Jun lalu.

“Mangsa tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Kesihatan bersama kereta Ambulans ketika tiba di lokasi kejadian.