KOTA KINABALU: Kontak rapat terus menjadi penyumbang terbesar kepada kes baharu COVID-19 di negeri ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Beliau yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata kontak rapat menyumbang sebanyak 618 kes atau 49.24 peratus daripada keseluruhan 1,255 kes baharu yang direkodkan hari ini.
“Selain itu, kategori bergejala melibatkan 247 kes atau 19.68 peratus, manakala kes daripada saringan kluster sebanyak 131 kes atau 10.43 peratus.
Bagaimanapun, beliau berkata jumlah kes positif COVID-19 di Sabah hari ini merekodkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 36 kes, berbanding 1,291 kes yang dicatatkan semalam (6 Ogos).
Sementara itu, Masidi berkata terdapat dua kluster baharu dicatatkan di Sabah iaitu Kluster Sarikan, Nabawan dan Kluster Lebuh Empat, Sandakan, yang melibatkan tahanan di penjara dan pusat tahanan sementara.
— BERNAMA