Keyfield  Offshore, Rossa Bumi Enterprise ceriakan bilik darjah SK Kilugus Kuala Penyu

LABUAN : Keyfeild Offshore bersama SSyarikat Rossa Bumi  berpangkalan di Labuan mengambil inisiatif menceriakan 90 buah meja  bilik darjah  SK Kilugus Kuala Penyu.

Program menjadi salah satu tanggungjawab sosial syarikat dilaksanakan di sini baru-baru ini.

Kelihatan meja sekolah kemas selepas aktiviti terbabit.

Pengurus Syarikat Rossa Bumi Enterprise, Sahiron Yunus berkata, pihaknya  berkolaborasi dengan Keyfield Offshore  memasang alas meja pelbagai corak untuk menceriakan sekolah terbabit.

Katanya, ini sekali gus dapat membantu semangat  murid kembali ke sekolah serta meningkatkan motavasi mereka untuk  belajar.

“Sumbangan memasang alas meja pelbagai warna dan corak  diharapkan dapat membantu semangat murid untuk terus belajar.

“Kita berharap agar pelajar dapat belajar dalam suasana kelas lebih  kemas dan menarik,” katanya.

Pelajar gembira melihat meja mereka berwarna-warni.

Sementara itu, Guru Besar SK Kilugus Azman  Abdul Garip berterima kasih  memilih SK Kilugus untuk melaksanakan   projek tanggungjawab sosial syarikat mereka.