Ketua Menteri menyampaikan 157 ekor lembu korban untuk Tuaran dan Tamparuli

TUARAN : Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyampaikan 157 ekor lembu korban kepada masjid, surau, jabatan kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Tuaran dan Tamparuli di Sempena Hari Raya Aidil-Adha.

Menerima sumbangan di Pusat Kebudayaan Bajausama di Lok Batik hari ini adalah wakil dari 67 masjid dan surau, 18 pasukan keselamatan jabatan negeri dan persekutuan serta 17 NGO.

Antara penyumbang lembu korban ialah Sawit Kinabalu dan Sabah Energy Corporation.

Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Isnin (17 Jun).