KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor menyaksikan penyerahan dividen daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sebanyak RM1,317,336.00 kepada Kerajaan Negeri di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.
Dividen itu adalah untuk tahun 2020-2021, diserahkan Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, dan turut disaksikan oleh Pengerusi LIGS, Encik Edward Linggu.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyaksikan penyerahan bantuan banjir daripada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sebanyak RM100,000 kepada Tabung Bencana Negeri Sabah.
Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir. Abdul Nasser Bin Abdul Wahid menyerahkan sumbangan itu kepada Safar Untong.
Turut hadir, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Awang Sahari.