Ketua Hakim Syarie Sabah Ahadin Arinen terima watikah pelantikan

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan watikah pelantikan Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah kepada Ahadin Arinen di Istana Seri Kinabalu, hari ini.

Turut menerima pelantikan ialah dua orang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah iaitu Surayah Ramlee dan Taherah Tahir.

Majlis itu disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Pelantikan Ahadin berkuat kuasa 1 November 2023. Manakala pelantikan Suraya berkuatkuasa 19 Jun 2023 dan Taherah pula berkuat kuasa 16 Oktober 2023.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Dr Mohd. Arifin Datuk Mohd. Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr.Safar Untong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam, Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Malaysia Datuk Amran Mat Zain dan Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Awang Ali.