Pelanggaran bahu punca pergaduhan pekerja tempatan dan China di KKIP

KOTA KINABALU : Akibat ketidakpuasan hati pelanggaran bahu merupakan punca pergaduhan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, pergaduhan tersebut membabitkan antara seorang pekerja tempatan serta negara China ketika mereka beratur untuk membuat ‘Thumprint’ selepas tamat waktu bekerja.

Katanya, pertengkaran dan pergaduhan kedua-dua tersebut disertai oleh beberapa rakan dari kedua-dua pihak.

“Ada yang menggunakan kayu sebagai senjata, akibat pergaduan tersebut salah seorang pekerja tempatan mengalami kecederaan ringan dikedua-dua lutut.

“Bagaimanapun, pergaduan berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan dengan kerjasama beberapa pekerja kilang yang lain,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, polis berjaya membuat tangkapan terhadap empat pekerja tempatan serta lima pekerja China untuk membantu siasatan mengikut seksyen 148 kanun keseksaan.