Kerajaan sepatutnya kurangkan subsidi secara berperingkat

KOTA KINABALU : Kerajaan sepatutnya mengurangkan subsidi secara berperingkat untuk memastikan pengguna atau orang ramai tidak mengalami kesan yang mendadak.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan berkata ayam dan telur adalah makanan menjadi pilihan pengguna kerana ia merupakan sumber protein tinggi yang masih murah berbanding makanan lain seperti daging lembu dan kambing, serta sayur-sayuran menggunakan sistem terapung.

“Namun ayam dan telur penting kepada golongan B40 kerana mereka tidak mampu untuk membeli makanan mahal… sekurang-kurangnya mereka boleh mendapatkan subsidi makanan berprotein tinggi seperti ayam dan telur sebagai makanan berkhasiat harian mereka,“ katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas mengenai subsidi ayam dihentikan berkuatkuasa 1 November ini yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.