Kerajaan salur wang ehsan banjir kepada 421 di Tenom

TENOM: Kerajaan sentiasa perihatian dalam usaha membantu rakyat sekali gus meringankan beban yang dihadapi mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN DILANTIK), Datuk Raimie Unggi berkata, ini terbukti apabila seramai 421 orang menerima bantuan wang ehsan selepas terlibat banjir baru-baru ini.

Raimie menyampaikan wang ehsan kepada mangsa banjir.

Katanya, meskipun jumlah hanya RM500 disalurkan kepada setiap penerima namun ia dilihat sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang ditanggung mereka.

“Jumlah wang tunai ini meskipun kecil pada sebahagian orang, namun besar maknanya kepada mereka yang terlibat banjir ini.

Raimie berucap di majlis itu.

“Kerajaan sangat bersimpati terhadap musibah yang menimpa dalam kalangan mereka, sehingga ada mengadu mengalami kerosakan harta akibat banjir tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ehsan di Pusat Pemindaham Sementara (PPS) Di Dewan Seri Panglima Antanom di sini hari ini.

Raimi berkata, kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap mangsa banjir namun tetap berusaha akan memastikan mereka dapat pembelaan sewajarnya.

“Ini merupakan tanggungjawab kami selaku kerajaan…sebagai contoh hari ini kita serahkan bantuan wang ehsan RM500 kepada 421 penerima tanpa mengira latar belakang mereka,” katanya.

Raimie yakin, rakyat yang terjejas banjir akan memanfaatkan bantuan ini untuk digunakan memberi keperluan asas mereka.