Presiden MPS baharu mampu terajui perubahan

SANDAKAN: PAS Sandakan yakin dengan pelantikan Presiden MPS Ke 12, Benedict Asmat mampu menerajui perubahan dalam kepimpinan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Perkara tersebut dinyatakan oleh Yang Dipertuanya, Sahar Abdul Majid dalam satu kenyataan semalam.

Sahar turut merakamkan ucapan tahniah diatas pelantikan Benedict Asmat selaku Presiden MPS kali ini dengan harapan mampu menggalas amanah tersebut.

Sahar yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sandakan bersama kakitangan MPS menyokong penuh pelantikan tersebut bagi memurnikan hala tuju daerah Sandakan untuk kepentingan rakyat Sandakan.

“Benedict Asmat ini bukanlah orang baru dalam arena pentadbiaran daerah, kerana beliau juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Daerah Semporna pada 2019 yang lalu,” kata Sahar.

Menurutnya, dengan pengalaman serta rekod kepimpinan yang baik, PAS yakin dan percaya bahawa Presiden MPS kali ini akan memandu kepimpinan Majlis Perbandaran Sandakan ke arah yang lebih baik

Beliau berharap Presiden baharu itu dapat menyelesaikan masalah rakyat khususnya berkaitan peluang pekerjaan dan aduan awam.