29 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Kerajaan peruntuk RM2.67 juta bantu lebih 4,000 pekebun koko – LKM

Dr Aliakbar Gulasan

TAWAU (Bernama): Kerajaan memperuntukkan RM2.67 juta tahun ini bagi membantu lebih 4,000 pekebun koko di seluruh negara, kata Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) Dr Aliakbar Gulasan.

Beliau berkata LKM telah mula mengagihkan peruntukan itu sejak awal tahun ini dalam bentuk peralatan, pengurusan di kebun, baja koko dan lain-lain dalam usaha membantu pekebun terutamanya pekebun kecil sederhana.

“LKM juga dalam usaha mengadakan kempen besar-besaran supaya pekebun terus menanam pokok koko di samping mahu menunjukkan tanaman ini suatu komoditi yang sangat kompetitif di pasaran,” katanya kepada pemberita di sini hai ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Apresiasi LKM peringkat pusat Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau dan Madai di sini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan LKM Dr Ahmad Kamil Mohd Jaafar.

Aliakbar berkata industri tanaman komoditi itu mampu menjamin kehidupan pekebun kerana harga koko tetap stabil meskipun bersaing dengan tanaman lain dan mempunyai pasaran eksport yang memberangsangkan terutamanya dari Eropah.

Sementara itu, Ahmad Kamil berkata Malaysia akan mendapat bantuan kepakaran dari Belgium yang merupakan negara pengeluar utama coklat dalam usaha meningkatkan kualiti serta penghasilan produk koko dan coklat di negara ini.

SabahNewsToday

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles