Kerajaan Negeri teliti cadangan wujudkan litar sukan bermotor di Sabah – Nizam

TAWAU : Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan kemudahan litar sukan bermotor di Sabah bagi keperluan peminat sukan lasak ini yang semakin mendapat sambutan khususnya belia.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Belia dan Sukan sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk pembinaan kemudahan sukan itu pada masa akan datang.

Kerajaan Negeri teliti cadangan wujudkan litar sukan bermotor di Sabah.

Berucap pada majlis perasmian Kelab Sukan Bermotor Kuda Besi Tawau bertempat di Dewan Sthamin, Sabindo Square, semalam, Nizam berharap agar Kelab itu dapat membantu masyarakat dalam perkhidmatan sosial apabila diperlukan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas mengalu-alukan penubuhan kelab sukan ini yang menjadi landasan kepada peminat sukan bermotor.