Kerajaan Negeri diminta kemuka pelan komprehensif tangani isu bekalan air

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri perlu mengemukakan persediaan dan tindakan proaktif bagi pelan jangka pandek dan panjang menangani masalah gangguan bekalan air di negeri ini.

Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag Datuk Seri Panglima Datuk Bung Moktar Radin berkata, walaupun kerajaan negeri mengambil tindakan bagi mengatasi masalah air dengan memohon peruntukan dari Kerajaan pusat sebanyak RM320 juta sebelum ini namun jumlah tersebut tidak mencukupi bagi menyelesaikan isu bekalan air di Sabah.

“Isu bekalan air berlaku hampir di seluruh daerah di negeri ini, dengan peruntukan sejumlah RM320 juta yang dipohon dari Kerajaan pusat untuk penyelasaian jangka pandek belum tentu mampu mengatasi masalah bekalan air yang kini masih menjadi beban kepada rakyat di negeri ini dan masalah ini masih berlarutan, ” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata tumpuan perlu diberikan kepada cara menambah baik kecekapan pengurusan air dan liputan kemudahan bekalan air kepada rakyat tanpa mengira daerah.

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri harus bersikap adil dalam soal penyediaan utiliti asas secara cekap dan berterusan kerana rakyat berhak mendapat bekalan bersih,” katanya.

Bung Moktar berkata, banyak faktor perlu diambil kira bukan sahaja mempastikan bekalan air mencukupi untuk jangka masa yang panjang malah paipi-paip lama yang sudah usang perlu diganti, naik taraf pusat loji rawatan air selain pembinaan kolam takungan dan mencari sumber air yang baru perlu dilakukan.