Kerajaan Negeri telah buktikan keupayaan tadbir dan bangunkan ekonomi rakyat – Nizam

TAWAU : Kerajaan Negeri telah membuktikan keupayaan dalam mentadbir serta membangunkan ekonomi rakyat Sabah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata ini terbukti banyak kejayaan telah diukir oleh kerajaan negeri terutamanya melalui Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Nizam merasmikan Sukan Hari Keluarga Kampung Tinagat dekat sini, semalam.

“Usaha berterusan juga sedang dilaksanakan bagi memastikan kita berada pada landasan betul dan menjadi negeri yang lebih maju.

“Kita berharap lebih ramai pelabur datang supaya mudah untuk menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya ketika merasmikan Sukan Hari Keluarga Kampung Tinagat dekat sini, semalam.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas berharap tahun 2024 ini akan menjadikan Sabah terus gemilang dan memperolehi banyak pembangunan.