33 C
Kota Kinabalu
Sunday, June 4, 2023

Kerajaan negeri perlu benarkan AMSPA dan MAWSPA beroperasi semua – Christina

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu mempertimbangkan permohonan rayuan Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) serta Persatuan Kesihatan dan Spa Malaysia (MAWSPA) untuk membenarkan ahli mereka beroperasi semula.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew berkata, permohonan itu wajar dipertimbangkan dengan mengenakan syarat agar setiap ahli persatuan berkenaan perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat ketika beroperasi pada fasa tiga Pelan Pemulihan Negera (PPN) akan datang.

“Pengusaha  pusat  spa,  pusat  kesejahteraan  dan  pusat  refleksologi  kaki  tidak  dibenarkan beroperasi  apabila  Kerajaan  membuka  semula  sebelas  sektor  ekonomi,  termasuk  kedai  gunting rambut  dan  pusat  kecantikan  pada  bulan  Ogos  lalu  di  bawah  Fasa  Pertama  PPN.

“Pada  masa  kini,  mereka  masih  tidak  dibenarkan  beroperasi  di  bawah  Fasa  Kedua  PPN.

“Persoalannya, mengapa  industri  spa  tidak  dibuka  semula  bersama  dengan  salon  rambut  dan pusat  kecantikan  sedangkan  perkhidmatan  mereka  adalah  serupa,  iaitu  kedua-duanya  melibatkan  terapi  sentuhan,” katanya dalam ucapan bahas pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) Yang Ke-16 di sini, hari ini.

Beliau difahamkan bahawa  alasan  untuk  tidak  membuka  semula  spa  dan  pusat  refleksologi  kaki  pada peringkat  sekarang  ialah  adanya  kontak  rapat  dengan  pelanggan  semasa  rawatan  spa  dijalankan. 

Akan  tetapi katanya,  ia  tidak  logik  kerana  ada  juga  sentuhan dengan  pelanggan  di salon  rambut  dan  pusat  kecantikan,  contohnya,  semasa  rawatan  rambut  dan  muka  dilakukan.  

“Penangguhan  lanjut  dalam  pembukaan  semula  bererti  lebih  banyak  kehilangan  pendapatan  bagi para  pengusaha  spa,  pusat  kesejahteraan  dan  pusat  refleksologi  kaki  serta  pengangguran  berterusan  bagi  para  pekerja  spa.

“Saya  merayu  kepada  Kerajaan supaya  mengizinkan   industri   spa   beroperasi   pada   bulan  Oktober  depan,  sebelum  Fasa   Keempat   bermula   di  bawah  PPN,” katanya.

Katanya, Presiden MAWSPA Datin Dorothea Justin Moduying sebelum ini turut pernah menghantar surat berkaitan kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah berkaitan isu berkenaan pada Julai tahun ini.

Selain itu katanya, adakah kerajaan sudah menyediakan  lebih  banyak  pusat  kuarantin  risiko  rendah  untuk  para  pesakit  Kategori  Satu  (tanpa  gejala)  dan  pesakit  Kategori  Kedua  (gejala  ringan)  yang  terpaksa  menjalani  kuarantin  kendiri  di  rumah.

“Mereka juga berpotensi menularkan jangkitan kepada ahli-ahli keluarga mereka dan ada  kemungkinan  keadaan  mereka  akan  merosot  dan  menjadi  Kategori  Ketiga,  Keempat atau  Kelima.

“Untuk  menghentikan  penularan  COVID-19,  pematuhan  ketat  SOP  seperti  penjarakan  sosial  yang selamat,  pemakaian  pelitup  muka  dan  amalan  kebersihan  peribadi  yang  baik  patut  dipupuk  dalam  kalangan  masyarakat  sebagai  budaya  seharian,” katanya.

Christina turut menyeru agara Jabatan Kesihatan Negeri perlu terus berusaha membasmi kuman serta membersihkan kawasan-kawasan awam secara tetap.

“Atas  kepentingan  kesihatan  awam,  saya  juga  menggesa  kerajaan  negeri  agar  membuat  peraturan bagi  pihak  pengurusan  pasaraya,  kelab  sosial  dan  premis  awam  lain  melakukan  nyah  kuman serta  pembersihan  dengan  tetap,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles