25 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Kemuka surat sebagai ‘bukti’ wakil rakyat GRS ahli Bersatu – Ronald Kiandee

KUALA LUMPUR: Empat Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum ini mendakwa mereka keluar daripada Bersatu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menyertai GRS sebenarnya masih adalah ahli parti itu.

Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ketika membacakan surat yang dikatakan daripada Bersatu Sabah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum pilihan raya umum.

Katanya, surat itu memaklumkan  enam calonnya akan bertanding bawah lambang Gabungan Rakyat Sabah.

“Perkara itu, sudah cukup membuktikan bahawa anggota parlimen GRS adalah calon merupakan Ahli Bersatu.

“Kita mencadangkan agar usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan selama 21 hari,” katanya dalam laporan FMT online ketika sesi sidang Parlimen hari ini.

Ronald berkata, penangguhan itu penting disebabkan status empat ahli Parlimen GRS yang menyokong kerajaan, dipertikaikan.

“Perbezaan kedudukan yang berlaku hari ini, adalah lazimnya sebelum ini (tiada masalah) tetapi dengan akta antilompat parti, maka perbezaan ini mesti diperjelaskan.

“Ini membawa kepada keabsahan kedudukan Yang Amat Berhormat Tambun (Anwar) dalam proses undi percaya kerana kedudukan empat Ahli Parlimen ini dipertikaikan disebabkan akta antilompat parti,” katanya.

Empat ahli parlimen berkenaan bertanding di bawah tiket GRS, berbeza dengan Ronald yang bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

Susulan itu, timbul pertikaian yang mendakwa empat ahli parlimen berkenaan – Datuk Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) – melanggar undang-undang antilompat parti.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles