Kemelut politik Sabah diselesaikan secara baik – Anwar

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencari formula penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah kemelut politik di negeri Sabah.

Katanya, beliau bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi akan berusaha sebaiknya mungkin, manakala keputusan selebihnya akan diputuskan sendiri kepimpinan negeri Sabah.

“Saya hanya mampu memberikan nasihat manakala keputusan akan ditentukan sendiri oleh pemimpin parti politik di negeri Sabah.

“Setakat ini keadaan bertambah baik, untuk Sabah,” katanya kepada pemberita malam ini.

Sebelum itu, Anwar mengadakan perbincangan hampir sejam bersama Presiden Parti Warisan (WARISAN) bersama Barisan Nasional (BN).

Pada Jumaat lalu, BN Sabah dan Umno menarik sokongan kepada Hajiji ketika timbul spekulasi Umno Sabah dan Warisan bekerjasama untuk membentuk kerajaan negeri.

Zahid yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno dan BN Sabah di sini sebentar tadi berkata, beliau yakin Anwar dan beliau akan akan mencapai penyelesaian menang-menang dalam rundingan dengan Hajiji.