KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor perlu bersetuju berkaitan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembentukan kerajaan perpaduan untuk mentadbir di negeri ini.
Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Afdal berkata, perkara itu diputuskan selepas perjumpaan dengan Anwar malam tadi.
“Selepas perjumpaan dengan Perdana Menteri (malam tadi), saya dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) WARISAN menyokong saranan beliau bagi pembentukan sebuah kerajaan perpaduan untuk mentadbir negeri Sabah,” katanya di sini hari ini.
Mohd Shafie berkata, beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) turut menyokong penuh Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023 yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-enam Belas pada 10hb Januari 2023.
“Saya yakin Rang Undang-Undang ini akan akan mendapat kelulusan kerana hanya memerlukan majoriti mudah,” katanya.
Beliau berkata, Ketidakhadiran ADUN WARISAN pada sidang DUN hari ini adalah atas sebab perlunya untuk penubuhan secepat mungkin sebuah Jawatankuasa Khas.
“Ini bagi menentukan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Sabah seperti yang dibincangkan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi,” katanya.
Perdana Menteri singgah di Sabah selepas lawatan rasmi ke Indonesia, malam tadi, bagi bertemu pemimpin Sabah berhubung usaha menyelesaikan kemelut politik sabah yang tercetus sejak beberapa hari