KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mekanisme subsidi bersasar termasuk diesel dan petrol RON95 dilakukan secepat mungkin dengan memberi perumpamaan seboleh-bolehnya ia mahu dilaksanakan seawal esok hari.
Bagaimanapun, Perdana Menteri mengakui pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar yang mahu dilakukan kerajaan itu adalah tidak mudah.
Mengulas lanjut, katanya, kerajaan sedang berusaha ke arah itu dengan meneliti beberapa cadangan bagi memastikan pelaksanaan subsidi bersasar terbabit bersifat efektif.
“Pelaksanaan tidak mudah…kita berusaha ke arah itu melalui pasukan yang kini sedang meneliti beberapa proposal (cadangan)…kalau siap esoklah (untuk pelaksanaan), tetapi kita masih berusaha.
“Ia sangat rumit…kalau elektrik ok sebab kita boleh kenal pasti rumah atau kilang, tetapi diesel berbeza dan perkara ini kita perlu kaji,” katanya di sini hari ini.