Jemaah Menteri sebulat suara sokong Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Ahli Jemaah Menteri hari ini sebulat suara kekal memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Ahli Jemaah Menteri dalam kenyataan ringkas berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

“Keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar daripada pandemik COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 29 Februari 2020.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pula diadakan pada 30 Februari 2020.