KOTA KINABALU: Seorang jemaah yang dikenali sebagai individu istiqamah mengimarahkan masjid dilaporkan meninggal dunia selepas menunaikan solat fardhu Isyak pada malam Jumaat, dalam bulan Ramadan.
Pihak Masjid Jamek Kg Likas dalam satu kenyataan memaklumkan, Allahyarham merupakan antara jemaah yang rutin hadir ke masjid bagi menunaikan solat fardhu secara berjemaah.
Menurut kenyataan itu, pemergian Allahyarham disifatkan sebagai satu husnul khatimah kerana menghembuskan nafas terakhir selepas menunaikan ibadah di rumah Allah, lebih-lebih lagi pada malam Jumaat dan dalam bulan yang penuh keberkatan.
“Pihak masjid merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini,” menurut kenyataan berkenaan.
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebaikan Allahyarham, mengampunkan dosa-dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
