KOTA KINABALU : Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Negeri Sabah menganjurkan Program Shopping Raya sempena Jelajah Iftar 2025, dengan Sepanggar sebagai destinasi keempat di sini semalam.
Seramai 50 kanak-kanak dari kawasan Sepanggar dibawa membeli pakaian Raya di Servay Hypermarket Likas, bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Setiap kanak-kanak menerima RM200 untuk membeli baju dan kasut raya.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan serta membawa keriangan kepada kanak-kanak menjelang perayaan.
Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau berkata, program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam membantu golongan yang memerlukan.
Turut hadir, Pengarah UPPM Negeri Sabah, Datuk Awang Kadin, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Darau, pemimpin Datuk Mohd Razali Razi.
